Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."

Monday, May 9, 2011

Adab Berhias Diri Dalam Islam


Berhias diri bermaksud penjagaan anggota fizikal,cara berpakaian, memakai bau-bauan, barang perhiasan dan sebagainya.
 Antara adab berhias diri ialah :
1) Mengamalkan amalan mandi dalam kehidupan seharian
2) Sentiasa menggosok gigi
3) Menyikat rambut
4) Memotong kuku, mencaukur bulu ketiak dan ari-ari
5) Memakai pakaian menutup aurat dan sebagainya

Hukum memakai bau-bauan :
Lelaki : Sunat memakai bau-bauan apabila hendak ke masjid
Perempuan : Haram memakai bau-bauan yang berlebihan yang boleh menarik perhatian ketika keluar rumah   
                    atau dengan lelaki bukan mahram

Hukum menghias muka :
Harus : Secara sederhana
Haram : Mengubahsuai anggota badan seperti mencabut atau mencukur bulu kening
p/s :Pembedahan plastik untuk memulihkan kecacatan atau mengembalikan fungsi anggota hukumnya harus

Panduan berpakaian menurut Islam :
1) Berniat menzahir dan mensyukuri nikmat Allah SWT
2) Tidak bertujuan membangga diri
3) Menutup aurat
4) Tidak jarang yang menampakkan aurat
5) Tidak ketat yang boleh memperlihatkan susuk tubuh badan
6) Tidak menyerupai pakaian agama lain

Amalan berhias diri yang dilarang :
1) Memakai emas dan sutera tulen bagi lelaki
2) Berpakaian berlawanan jantina
3) Menyambung rambut (rambut palsu)
4) Membuat tatu
5) Pembedahan anggota untuk kecantikan
6) Memakai perhiasan yang mempunyai unsur kekafiran (contohnya lambang salib)



Mungkin perkara ini sudah biasa kedengaran dan sememangnya ditekankan kepada semua umat Islam kerana ini adalah kewajipan dan perintah Allah SWT kepada semua hambaNya... Ketahuilah, sesungguhnya setiap yang Allah perintahkan dan tetapkan dalam hidup kita terlalu banyak hikmah dan pengajaran yang tersembunyi.... RENUNGILAH...


by umisyazwani binti maridi, keratong.

Tuesday, May 3, 2011

Sedekah I






Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setiap sendi ditubuh badan manusia  menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adab-adab bersedah:
1. Memberi dengan hati yang ikhlas tidak mengharapkan balasan.
2. Berusaha sembunyikan pemberian daripada pengetahuan orang ramai kecuali dengan tujuan untuk      dicontohi
3. Tidak mengungkit sedekah yang diberikan.
4. Menunjukkan muka manis semasa menghulurkan sedekah.
5. Bersedekah daripada sumber yang halal dan benda yang terbaik.

Sedekah bukanlah sekadar dalam bentuk wang namun dalam pelbagai bentuk yang kadang-kala kita tidak menyedari bahawa apa yang kita tinggalkan adalah sedekah yang mudah untuk dilakukan...
Jadi,lakukan apa yang termampu untuk menghulurkan sedekah yang pelbagai...


by umisyazwani binti maridi , keratong