Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."

Wednesday, March 30, 2011

Doa



Berdoalah sentiasa dan ingatlah bahawa Allah sentiasa mendengarnya...
Jangan minta agar doa kita cepat dimakbulkan kerana setiap doa yang dipinta adalah permohonan dari[pada seorang hamba kepada penciptaNya..

Kenagilah doa-doa Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. seperti yang dirakamkan oleh Allah dalam surah Yunus ayat 88 dan 89 yang menginginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan Allah dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran.

Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firmanNya dalam surah Maryam ayat 2-10 , bahawa doa Nabi Zakaria yang sentiasa merintih kepada Allah agar dikurniakan zuriat dimakbulkan oleh Allah ketika Nabi Zakaria telah lanjut usinya serta uban memenuhi kepalanya...

Justeru itu, teruskanlah berdoa kerana doa itu senjata orang mukmin...

by umisyazwani binti maridi, keratong.

Penawar Duka






Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni ada menyebut dalam bukunya berjudul 'La Tahzan',"Jangan bersusah hati sebab ia hanya akan membuatmu lemah dalam beribadat, malas untuk berjihad, putus harapan dan mengheretmu untuk berburuk sangka. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih dan susah hati ialah akar kepada pelbagai penyakit jiwa, punca penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan serta kebingungan."

Saya ingin berkongsi ubat enam resepi yang saya baca dari sebuah majalah..
Penulis buku al-Farj Ba'da al-Syiddah menyebut tentang kisah seorang bijaksana yang sedang ditimpa musibah. Maka datanglah kawan-kawannya mengucapkan keprihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya.
Si bijaksana itu berkata,"Aku tahu ada satu ubat yang dibuat daripada enam resepi yang berbeza."
Kawan-kawannya bertanya,"Apa dia?"
Jawabnya," "Pertama, percaya sepenuhnya kepada Allah. Kedua, kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku. Ketiga, sabar adalah senjata paling berkesan yang diguna pakai oleh orang yang mendapat ujian.
Keempat, jika saya tidak sabar, saya tidak akan tertolong dengan hanya perasaan resah. Kelima, mungkin sahaja saya akan berada dalam keadan yang lebih buruk daripada keadaan saya sekarang ini. Keenam, dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka."

 by umisyazwani binti maridi, keratong.

Saturday, March 5, 2011

Ikhwan




 Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan tentang kemurnian iman ikhwan yang dirinduinya dalam sabdanya;
"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku.Dan berbahagialah tujuh kali barang siapa yang beriman dengan aku,tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku."

Semoga kita ialah salah seorang daripada ikhwan yang dirindui oleh Rasulullah s.a.w... Insya Allah,amin...

by Umisyazwani binti Maridi,keratong


La ikro ha fiddin

"Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)."  (Al-Baqarah,256)

Betapa mulianya ayat ini yang membawa kepada keharmonian Islam itu sendiri..

Hari ini ingin kukongsi sebuah kisah mengenai seorang sahabatku yang ku anggap sebagai seorang teman yang cukup akrab dan memahamiku..
Sentiasa membantu dan menampung setiap kekuranganku...
Sahabatku ini memberi pandangan yang cukup bermakna mengenai agama yang ku anuti yakni Islam. Sahabatku mengatakan bahawa Islam ini ialah agama yang sempurna... Sahabatku risau dan takut bahawa dia tidak cukup kuat untuk memenuhi tuntutan dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w...
Sahabatku amat meminati Islam..Setiap masalah mengenainya pasti akan diajukan... Aku membantu sekadar yang kumampu... Ilmuku masih belum cukup tetapi aku akan membantu selagi aku mampu... Sahabatku tidak suka orang lain menilai Islam sebagai agama yang membenarkan penganutnya melakukan apa sahaja mengikut keinginannya... Islam hanya pada agama namun tidak di hati...
Sahabatku mahu menerima Islam secara ikhlas dari hatinya,bukan sekadar sebutan kalimah syahadah di bibir...
Semoga pencarian dan harapan yang didambakan sahabatku ini terjawab suatu hari nanti...
Sebuah penantian yang tak mungkin dikesali...

by Umisyazwani binti Maridi,keratong.