Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."

Tuesday, May 3, 2011

Sedekah I






Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setiap sendi ditubuh badan manusia  menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adab-adab bersedah:
1. Memberi dengan hati yang ikhlas tidak mengharapkan balasan.
2. Berusaha sembunyikan pemberian daripada pengetahuan orang ramai kecuali dengan tujuan untuk      dicontohi
3. Tidak mengungkit sedekah yang diberikan.
4. Menunjukkan muka manis semasa menghulurkan sedekah.
5. Bersedekah daripada sumber yang halal dan benda yang terbaik.

Sedekah bukanlah sekadar dalam bentuk wang namun dalam pelbagai bentuk yang kadang-kala kita tidak menyedari bahawa apa yang kita tinggalkan adalah sedekah yang mudah untuk dilakukan...
Jadi,lakukan apa yang termampu untuk menghulurkan sedekah yang pelbagai...


by umisyazwani binti maridi , keratong

No comments:

Post a Comment