Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."

Sunday, September 4, 2011

Satu Anugerah Dari Mu

    Salah satu anugerah daripada Allah yang tidak ternilai. Tiada manusia yang sempurna. Fizikal mahupun batin, pasti ada kekurangan. Dan setiap manusia itu pasti mempunyai kelebihan tersendiri. Hargai nikmat pemberianNya dengan sentiasa bersyukur kerana kita bertuah dapat dipinjamkan dan dibenarkan untuk menggunakan tubuh badan dan hidup di dunia ini.Sewajarnya kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Subhanallah...


























Idea ini datang selepas melihat cerita "Emak Ingin Naik Haji " yang ditayangkan di TV Al Hijrah. Sangat menyentuh hati. Pengorbanan dan kesusahan yang dihadapi untuk merealisasikan impian seorang ibu yang ingin menunaikan haji. Allah Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Sangat menyayangi hamba-hambaNya. Lantas permintaan hambaNya yang tidak pernah putus berdoa dan memohon, insya Allah dengan izinNya jua akan ditunaikan.....
 Salam Lebaran Aidilfitri...




by umisyazwani binti maridi, kuantan




No comments:

Post a Comment