Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."

Sunday, September 30, 2012

Teruskan Langkahmu!!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum w.b.t..
Alhamdulillah,segala puji bg Allah SWT,Tuhan Yang Maha Agung,selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga baginda, para sahabat serta kaum muslimin dan muslimat saudara saudari serta insan2 yg masih mencari-cari kebenaran yang hakiki,moga rahmat dan hidayah Allah sentiasa mengiringi kita...aamiin,insya Allah...

Alhamdulillah,kehidupan yg dijalani sepanjang ini memang berharga dan moga mendapat keberkatan dari Allah...3 minggu di Shah Alam,macam2 dh berlaku...Rencah kehidupan,3 minggu dh berbagai cerita apatah lg 3 tahun yg bakal mendatang...Subhanallah,Allah beri peluang pada diri ini untuk meneruskan status sebagai pelajar di universiti,menuntut dan mencari ilmu yg insya Allah,membawa manfaat kepada semua terutama dalam perjuangan mencari keredhaan Allah itu sendiri...


Betul,setiap apa yg kita miliki semalam,hari ini dan esok adalah pemberian drpd Allah SWT... Oleh itu,ini adalah peringatan untuk semua dan diri sy sendiri yg sgt mudah terlupa bhw kejayaan,kecemerlangan,kemewahan,kenikmatan,kesakitan,kepayahan,kemudahan dan segala-galanya adalah daripada Allah jua...Kehidupan yg sementara dan entah bila kita juga akan diambil oleh Allah...

Sebagaimana firman Allah dalam surah Ar-Rahmaan yang bermaksud ;
             "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Ayat ini di ulang sebanyak 31 kali di dalam surah Ar-Rahman bermula dari ayat 13 hingga ayat 77...
Allah memberi setiap hambaNya nikmat tanpa mempersoalkan kehambaan kita, maka nikmat itu sewajarnya kita gunakan sebaik mungkin tanpa mensia-siakannya...Jangan pernah mengatakan bahawa apa yang kita miliki hari ini adalah dengan usaha kita semata-mata TETAPI INGATLAH bahawa semuanya berlaku dengan izin Allah...

Jadi jangan kita mudah berputus asa kerana rahmat dan rezeki Allah ada di mana-mana...Even sebelum Malaikat Izrail mengambil nyawa manusia, dia masih lagi bertanya kepada malaikat2 lain,sama ada insan yg akan diambil nyawanya ini telah pun dihabiskan rezeki terakhirnya dan perkara2 lain...Ini bermaksud rezeki pemberian Allah tidak akan putus dengan mudah malah sebenarnya ada di mana-mana...

Walau berapa kali kita jatuh,bangkitlah kerana kejatuhan itu adalah satu ujian dan setiap kebangkitan yang kita usahakan adalah permulaan kepada kejayaan kita...Allah tidak akan meninggalkan hamba2Nya dalam keadaan apa sekalipun kerana Allah Maha Penyayang dan Pengasih...


Kekadang,kita memang takut untuk melangkah, tapi inilah yg perlu dilakukan kerana langkah pertama dengan niat kerana Allah adalah langkah yg akan membawa kita kepada kecintaan kepadaNya...kerana kita tidak sedar apa yg kita cari itu kita akan peroleh setelah kita mencuba sesuatu yg pernah kita enggan cuba...
Malah sy sendiri kekadang rasa sedih dan penat, tapi marilah kita sama2 bangkit,bukan sekadar mencari ilmu tapi dengan rasa ingin meneruskan perjalanan dan bersama-sama menjadi hamba Allah yg menjalankan amar makruf nahi mungkar...

Percayalah,selagi kita berniat segala-galanya demi Allah,Allah akan sentiasa membantu perjuangan kita...
Insya Allah,perjalanan sy di sini akan bermula dgn harapan yg menggunung...Langkah ini akan diteruskan kerana masih byk yg perlu diterokai di sini,sementara Allah masih memberi kesempatan kepada kita utk terus hidup,bernafas di bumi pinjamanNya....Moga perjalanan sy berusaha menukilkan jalan cerita,kisah hidup sy sendiri diredhai dan ada barakah dariNya...Sama2 kita mendoakan sesama kita,kerana kita adalah saudara yg memegang ikatan yg sama,berusaha untuk melangkah ke syurgaNya bersama-sama..Aamiin,insya Allah...


by umisyazwani binti maridi,shah alam




No comments:

Post a Comment