Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."
Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Alhamdulillah, Syukran, Asif

Assalamu'alaikum w.b.t...

Ya Allah,,, betapa diri ini terleka, hampir 3 bulan lebih sy tidak meng update post di blog ini...

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk meneruskn... Moga perkongsian yg membina..

Insya Allah, kali ini sy ingin berkongsi kisah suka dn gembira kami sekeluarga...
Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 23 Jun 2012 kami menerima seorg lagi ahli keluarga..
Kebahagiaan di wajah kakak sy, Mumtazah binti Maridi memang tak terkata...
Alhamdulillah, sy benar2 bersyukur dgn apa yg ditentukan oleh Allah SWT..

Menitis air mata ini tatkala abang ipar, Muhammad Helmi bin Tan membaca skrip di helaian kertas atas penerimaan tanggungjawab sebagai seorg suami..

Rasa sedih kehilangan....
Sangat3... sedih...
Ya Allah...

Apapun, Allah memberi yg terbaik untuk hamba-hambaNya...
Moga tangisan ini menjadi kekuatanku untuk menghadapi hari2 mendatang...


Syukran kepada insan2 yg membantu sepnjg majlis secara langsung mahupun tidak...
Syukran atas doa2 kalian kepada kami....
Syukran jazilan...
Terima kasih untuk segalanya...


Asif, sy mohon maaf atas segala kekurangan yg berlaku...
Kami tidak mampu memberikan segalanya dgn sempurna tetapi kami cuba memberikn yg terbaik...


Untuk Kak Mum dan Abg Helmi, doa umi sentiasa mengiringi kalian,,,
Moga rahmat Allah disisimu...
Kebahagiaan yg kekal selamanya...
Dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah...
Yg terbaik utk kita bersama...







Salam sayang, rindu, kasih dan cinta dari adikmu,
Umisyazwani binti Maridi.
Keratong



















Tuesday, November 29, 2011

Apa Yang aku lakukan?


    Pada mulanya, itulah yang sy rasakan... Tapi, bila difikirkn balik, rsnya x kot... Sy x berharap seseorg itu memahami diri sy, tp terima sy seadanya.. Kewujudan sy untuk membantu dan sedaya mampu sy ingin menjadi seorang insan yg sentiasa memberi tp jarang menerima...

    Bila kita susah, sedih, kecewa atau apa2 perasaan yg timbul di hati,memang benar kita mengharapkan orang lain memahami dan bertanya.. Tapi tidak dalam semua perkara.. Bila seseorang yang prihatin dan memahami perubahan kita bertanya tentang kita, memang itu sebenarnya cukup untuk membuatkan hati kita sayu apatah lagi menitiskan air mata... Ada insan yang memahami diri ini,betul x?

   Sy cuba menyembunyikn apa yg sy rasa... apa yang sy nak cakap.. sebab sy manusia biasa,x mungkin terlepas dari melakukan kesalahan...

   Maafkan sy kalau apa yang sy coretkan kali ini agak pelik+ntah apa2+sikit sangat..hehe...
Terima kasih sbb sudi baca dan sy akan cuba sentiasa memperbaiki dan meneruskan coretan ini...


by umisyazwani binti maridi, kuantan.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan... Rindu ini....




Betapa aku merindui Ramadhan ini...
Namun adakah mampu aku laluinya?


Ramadhan yang ku nanti,
tibamu bagai melepaskan rasa di hati ini...



Ya Allah,
pandulah aku...
berikanlah aku petunjuk...
dan iringi setiap langkahku...
dengan rahmatMu yang tidak terbilang...


Ya Allah,
hambaMu memohon...
Tiada tempat untuk ku memohon selain padaMu...
Semoga Ramadhan kali ini...
Aku tidak persiakan...
Semoga Ramadhan kali ini,
lebih baik daripada Ramadhan-Ramadhan yang lalu...
Insya Allah,
amin....



by umisyazwani binti maridi, kuantan.

Thursday, June 30, 2011

Alhamdulillah...


    Syukur alhamdulillah... Itulah ucapan yg sewajarnya ku panjatkan kepadaMu kerana memberi aku peluang untuk terus bernafas, berpijak di bumi yang nyata, membaeri aku kehidupan ini dengan nikmatMu yang tidak ternilai...

     Detik-detik yang berlalu sepanjang ku menuntut ilmu mengajar aku banyak perkara... Malah sering kali rasa kecewa dan putus asa datang bertandang tetapi mujur aku ada Engkau yang sentiasa di hati.. Juga ingatanku terhadap perjuangan Rasulullah SAW... Keringat mak dan abah yang tidak putus-putus mendoakan diri ini... Abang-abang dan kakak-kakak yang menyokongku... Cikgu-cikgu yang sering bertanya mengenai diri ini dan sahabat-sahabat yang berjuang bersamaku walau di tanah yang berbeza tetapi tetap di bumi Tuhan Yang Satu...

     Alhamdulillah.... Syukur aku mampu berada di sini dengan hati yang terbuka dan lebih mengingatiMu...
Mungkin kerana insan-insan yang mengingatkan aku kepadaMu... Membuatkan aku lebih menghargai kehidupan di sini...

     Alhamdulillah.... Walau kehidupan ini tidak seindah mimpi, namun ia tetap indah dengan kehadiranMu di hati ini... Ya Allah, kau kuatkan diriku ini... Moga hari esok lebih baik daripada hari ini, hari esok lebih baik daripada hari semalam dan hari-hari mendatang lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu... Insya Allah... amin..


by umisyazwani binti maridi, kuantan.

Wednesday, June 8, 2011

Betapa Diriku Ini


"Ya Allah,betapa rendahnya diriku ini dipandanganMu... Inikan pula dipandangan manusia... Ibarat manusia yang tidak memiliki apa-apa... Bantulah diriku ini dan Kuatkanlah aku agar diriku terus teguh !!!"
   Terkenang sahabatku yang ku hubungi beberapa hari yang lalu... Betapa dirinya berada dalam keadaan yang benar-benar berbeza berbanding dirinya yang kukenali dahulu... Dia sendiri mencari setiap punca kesilapannya namun ku teguhkan hatinya dengan kata-kata semangat yang ikhlas ku tujukan untuknya supaya dia tahu betapa aku mengharap agar dia mampu meneruskan apa yang dimulakan... Namun apabila ku kenang kembali... Siapalah aku untuk memberinya semangat agar meneruskan perjuangan sedang diri ini sebenarnya terumbang-ambing dalam menempuh hari-hari yng telah,sedang dan akan ku lalui...
   Betapa hati ini cair tatkala ibu yang tersayang menelefon dan bertanya keputusan yang tersirat di hati... Kuteguhkan hati untuk mengatakan tidak tapi tetap mengalir air mata seorang anak... Pengobanan ibu dan bapaku yang terlalu banyak sepanjang hidupku membuatkan aku rasa bersalah untuk mengatakan jawapan yang sebaliknya... Kerana aku sentiasa berkata pada diriku...
 "Jika Allah SWT memakbulkan doa kita,itu tandanya Dia menyayangi kita...
  Jika Allah SWT lambat memakbulkan doa kita, itu tandanya Dia ingin menguji kita...
  Jika Allah SWT tidak memakbulkan doa kita, itu tandanya Dia menyediakan yang terbaik untuk kita..."
    Doaku semoga ALLAH SWT memberikan yang terbaik untuk diriku,keluargaku, dan seluruh hambaNya di dunia ini... Kebahagiaan di dunia dan di akhirat yang kekal abadi... Aminnn...

by umisyazwani binti maridi, kuantan
  

Saturday, March 5, 2011

La ikro ha fiddin

"Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)."  (Al-Baqarah,256)

Betapa mulianya ayat ini yang membawa kepada keharmonian Islam itu sendiri..

Hari ini ingin kukongsi sebuah kisah mengenai seorang sahabatku yang ku anggap sebagai seorang teman yang cukup akrab dan memahamiku..
Sentiasa membantu dan menampung setiap kekuranganku...
Sahabatku ini memberi pandangan yang cukup bermakna mengenai agama yang ku anuti yakni Islam. Sahabatku mengatakan bahawa Islam ini ialah agama yang sempurna... Sahabatku risau dan takut bahawa dia tidak cukup kuat untuk memenuhi tuntutan dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w...
Sahabatku amat meminati Islam..Setiap masalah mengenainya pasti akan diajukan... Aku membantu sekadar yang kumampu... Ilmuku masih belum cukup tetapi aku akan membantu selagi aku mampu... Sahabatku tidak suka orang lain menilai Islam sebagai agama yang membenarkan penganutnya melakukan apa sahaja mengikut keinginannya... Islam hanya pada agama namun tidak di hati...
Sahabatku mahu menerima Islam secara ikhlas dari hatinya,bukan sekadar sebutan kalimah syahadah di bibir...
Semoga pencarian dan harapan yang didambakan sahabatku ini terjawab suatu hari nanti...
Sebuah penantian yang tak mungkin dikesali...

by Umisyazwani binti Maridi,keratong.







  

Wednesday, February 9, 2011

Siapa aku sebenarnya?



Aku sebenarnya tertanya-tanya,SIAPA AKU SEBENARNYA? Jawapan hakiki seorang insan sudah pastinya aku seorang hamba Allah yang memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah yang perlu menjaga kesejahteraan dunia yang sementara...
Namun,persoalannya sebagai hamba Allah,aku masih terhuyung-hayang mencari makna perjalanan hidupku yang kekadang kurasakan sia-sia...
Aku ragu pada diriku sendiri...Apa yang patut aku lakukan?
Ya,aku sewajarnya mencari erti kehidupan yang sebenarnya... tanpa sebarang penyesalan...
seperti Bilal bin Rabah yang teguh pada kalimah "AHAD" .. satu kepercayaan utuh kepada Yang Esa..
Begitu juga sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang berjuang membantu perjuangan Rasulullah S.A.W. demi menegakkan agama Islam yang suci...
Perjuangan hidup yang masih panjang ini sewajarnya menjadi bibit-bibit kekuatan yang belum aku temui...
Aku perlu menjadi satu-satunya diriku yang menghargai segala kewujudan di sini...
Ya,mencari sinar kepada sebuah persoalan,SIAPA AKU SEBENARNYA...