Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."

Saturday, December 17, 2011

Hidayah, satu PENCARIAN atau satu PENANTIAN?


Assalamualaikum w.b.t..
      Alhamdulillah,berkesempatan jugak hr ni nak post something.. Idea dr Allah s.w.t.. Isu yg biasa dipersoalkan.. Hidayah daripada Allah s.w.t..

      Idea ni pun datang tiba-tiba waktu share2 idea dgn seorang sahabat..Nama dia jugak,hehe..
Saya hanyalah seorang insan biasa, masih dalam usaha mencari ilmu Allah di bumi.. Saya nak share mengenai hidayah daripada Allah ni.. 

      Kalau sebut pasal hidayah dari Allah ni, mesti kita merujuk pada insan-insan yang telah mula kehilangan arah tuju dan tujuan sebenar kehidupannya.. Contohnya, bila kita tanya seorang wanita Islam yang free hair, "bila nak pakai tudung?".. Jawapan yang kedengaran, "hidayah x sampai lagi.." Biasakan dgr ayat tu?

      Saya x kata salah... tapi ramai insan yang saya jumpa menanti sebuah anugerah daripada Allah yang digelar 'hidayah'... Kekadang, saya terfikir,sampai bila nak tunggu hidayah dari Allah? Bila dah kahwin? Bila dah dapat anak? atau bila malaikat maut menjemput kita?.. Wallahu'alam..

      Pada pandangan saya, hidayah ini perlu dicari..x kesah la macam mana, seperti contoh kita nak mendalami ilmu agama dengan menghadiri ceramah2 agama, atau pergi usrah atau mendengar lagu2 islamik ataupun mencari seorang insan bernama hidayah!(hehehe)... Allah tahu apa yang tersirat di hati hambaNya.. Ikhlaskan niat mencari hidayah Allah untuk mencapai redhaNya... Saya masih teringat sebuah novel yang saya baca bertajuk 'Ku Seru NamaMu Kekasih'.. saya x ingat nama penulisnya (maaf) tapi novel ini sangat memberi kesan dalam hidup saya..



Novel itu memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan menjadi insan begelar wanita yang mengagungkan Allah... Mencari cinta Allah dalam setiap niatnya.. Memberi peluang kepada insan lain menerima apa yang terbaik dari dirinya.. Teringat saya ketika watak utama novel tersebut yang bernama 'Rayyan' datang ke sebuah rumah kebajikan untuk orang2 tua, dan seorang wanita tua mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di sisi Rayyan kerana melihat pancaran cahaya dari wajah Rayyan sewaktu memasuki rumah tersebut.. Bagaiman indahnya dan tabahnya hati seorang insan bernama Rayyan ketika meminta tunangnya menikahi sahabat karibnya demi menjaga akidah yang dimiliki dahabatnya... Ya Allah, menitis air mata Rayyan kerana gembira atas pengorbananya yang penuh keikhlasan itu membantu perjuangan sahabatnya... Jangan nak kata watak dalam tu,saya sendiri menitiskan air mata...

        Hidayah itu akan datang tatkala kita berdoa memohonnya dan berusaha mencarinya... Tapi seandainya kita tidak mendapatnya,ketahuilah Allah menyediakan yang terbaik untuk kita... Allah memberi hidayah kepada hambaNya yang diinginiNya..Kita x boleh nak pertikaikan tentang tu,betul x?
Tapi usaha itu perlu, keputusan dan ketentuannya,Allah yang beri... Rasulullah s.a.w. sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik bapa saudara kesayangannya memeluk Islam tetapi tidak berjaya... kerana hidayah itu milik Allah...


      Untuk itu, saya mengharapkan agar kita sama2 mencari dan berusaha mencari hidayah Allah s.w.t...  Bukan sekadar menanti dengan hati yang redha, bahawa walau apa yang terjadi, saya akan terima...
Bukankah setiap perbuatan kita perlu melalui 4 peringkat :
U - Usaha
I - Iktiar
T - Tawakal
Yang paling penting dan berterusan, D - Doa...

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu...bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu... bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu... kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.." -Imam Hasan Al-Basri.
      
        Terima kasih kerana sudi baca dan maafkan saya andai kita berlainan pendapat..Saya nak konklusikan yang pencarian dengan ikhlas sebuah hidayah daripada Allah itu penting sebelum kita menjadi seorang insan yang menanti hidayah itu daripada Allah s.w.t...
       



by Umisyazwani Maridi, Kuantan
      

No comments:

Post a Comment