Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."

Thursday, June 30, 2011

Alhamdulillah...


    Syukur alhamdulillah... Itulah ucapan yg sewajarnya ku panjatkan kepadaMu kerana memberi aku peluang untuk terus bernafas, berpijak di bumi yang nyata, membaeri aku kehidupan ini dengan nikmatMu yang tidak ternilai...

     Detik-detik yang berlalu sepanjang ku menuntut ilmu mengajar aku banyak perkara... Malah sering kali rasa kecewa dan putus asa datang bertandang tetapi mujur aku ada Engkau yang sentiasa di hati.. Juga ingatanku terhadap perjuangan Rasulullah SAW... Keringat mak dan abah yang tidak putus-putus mendoakan diri ini... Abang-abang dan kakak-kakak yang menyokongku... Cikgu-cikgu yang sering bertanya mengenai diri ini dan sahabat-sahabat yang berjuang bersamaku walau di tanah yang berbeza tetapi tetap di bumi Tuhan Yang Satu...

     Alhamdulillah.... Syukur aku mampu berada di sini dengan hati yang terbuka dan lebih mengingatiMu...
Mungkin kerana insan-insan yang mengingatkan aku kepadaMu... Membuatkan aku lebih menghargai kehidupan di sini...

     Alhamdulillah.... Walau kehidupan ini tidak seindah mimpi, namun ia tetap indah dengan kehadiranMu di hati ini... Ya Allah, kau kuatkan diriku ini... Moga hari esok lebih baik daripada hari ini, hari esok lebih baik daripada hari semalam dan hari-hari mendatang lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu... Insya Allah... amin..


by umisyazwani binti maridi, kuantan.

No comments:

Post a Comment