Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."

Sunday, July 10, 2011

Wanita Ibarat Sebiji Epal


Alhamdulillah, hari-hari yang ku lalui mengajar diri ini pelbagai perkara yang kadang-kala kita sendiri terlupa kepentingannya... Alangkah bertuahnya aku apabila dapat bersama-sama dengan beberapa orang sahabat keluar dan melakukan usrah bersama-sama dengan akak-akak senior yang sangat baik...hehe... Dan sewaktu perbincangan semalamlah, aku teringat akan sebuah cerita mengenai seorang wanita itu di ibaratkan seperti sebiji epal...

Aku tidak dapat menyampaikan satu cerita yang sempurna tetapi aku cuba menyampaikan yang terbaik..Rasanya ramai yang dah baca artikel dan dari blog2 yang lain mengenai cerita ini... Maaf andai agak berlainan dan serabut ayatnya...

Al-kisah sebiji epal yang sangat merah yang berada di atas pokok berasa gelisah kerana dirinya yang tidak dipetik dan diambil oleh sesiapa..Epal tersebut cemburu kepada sahabatnya yang jatuh ke bawah diambil oleh orang dan tertanya-tanya mengapa dirinya tidak dihiraukan sedangkan dirinya pasti mengiurkan mereka yang memandangnya.

Disebabkan terlalu lama menanti dan tiada sesiapa yang menghiraukannya, epal tersebut menjatuhkan dirinya agar dirinya diambil oleh seseorang... Walaubagaimanapun, dirinya dibiarkan di atas tanah tanpa dihiraukan sehingga menjadi busuk dan berulat...

        Kadang-kala seorang wanita bertanya,mengapa dirinya tidak dipandang lelaki, namun ketahuilah bahawa Allah sedang menguji kita... Bersabarlah kerana penantian itu tidak akan merugikan kerana Allah telah menjanjikan yang terbaik untuk makhlukNya...

       Wahai wanita, ketahuilah bahawa hanya insan yang cukup kuat dan hebat yang sanggup dan mampu memetik sebiji epal yang berada di puncak sebatang pokok... Andai insan itu tidak muncul,ingatlah bahawa cinta Allah sentiasa bersama diri ini...

“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”


by umisyazwani binti maridi, kuantan.

No comments:

Post a Comment