Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."

Wednesday, March 30, 2011

Doa



Berdoalah sentiasa dan ingatlah bahawa Allah sentiasa mendengarnya...
Jangan minta agar doa kita cepat dimakbulkan kerana setiap doa yang dipinta adalah permohonan dari[pada seorang hamba kepada penciptaNya..

Kenagilah doa-doa Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. seperti yang dirakamkan oleh Allah dalam surah Yunus ayat 88 dan 89 yang menginginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan Allah dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran.

Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firmanNya dalam surah Maryam ayat 2-10 , bahawa doa Nabi Zakaria yang sentiasa merintih kepada Allah agar dikurniakan zuriat dimakbulkan oleh Allah ketika Nabi Zakaria telah lanjut usinya serta uban memenuhi kepalanya...

Justeru itu, teruskanlah berdoa kerana doa itu senjata orang mukmin...

by umisyazwani binti maridi, keratong.

Penawar Duka






Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni ada menyebut dalam bukunya berjudul 'La Tahzan',"Jangan bersusah hati sebab ia hanya akan membuatmu lemah dalam beribadat, malas untuk berjihad, putus harapan dan mengheretmu untuk berburuk sangka. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih dan susah hati ialah akar kepada pelbagai penyakit jiwa, punca penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan serta kebingungan."

Saya ingin berkongsi ubat enam resepi yang saya baca dari sebuah majalah..
Penulis buku al-Farj Ba'da al-Syiddah menyebut tentang kisah seorang bijaksana yang sedang ditimpa musibah. Maka datanglah kawan-kawannya mengucapkan keprihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya.
Si bijaksana itu berkata,"Aku tahu ada satu ubat yang dibuat daripada enam resepi yang berbeza."
Kawan-kawannya bertanya,"Apa dia?"
Jawabnya," "Pertama, percaya sepenuhnya kepada Allah. Kedua, kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku. Ketiga, sabar adalah senjata paling berkesan yang diguna pakai oleh orang yang mendapat ujian.
Keempat, jika saya tidak sabar, saya tidak akan tertolong dengan hanya perasaan resah. Kelima, mungkin sahaja saya akan berada dalam keadan yang lebih buruk daripada keadaan saya sekarang ini. Keenam, dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka."

 by umisyazwani binti maridi, keratong.

Saturday, March 5, 2011

Ikhwan




 Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan tentang kemurnian iman ikhwan yang dirinduinya dalam sabdanya;
"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku.Dan berbahagialah tujuh kali barang siapa yang beriman dengan aku,tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku."

Semoga kita ialah salah seorang daripada ikhwan yang dirindui oleh Rasulullah s.a.w... Insya Allah,amin...

by Umisyazwani binti Maridi,keratong


La ikro ha fiddin

"Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)."  (Al-Baqarah,256)

Betapa mulianya ayat ini yang membawa kepada keharmonian Islam itu sendiri..

Hari ini ingin kukongsi sebuah kisah mengenai seorang sahabatku yang ku anggap sebagai seorang teman yang cukup akrab dan memahamiku..
Sentiasa membantu dan menampung setiap kekuranganku...
Sahabatku ini memberi pandangan yang cukup bermakna mengenai agama yang ku anuti yakni Islam. Sahabatku mengatakan bahawa Islam ini ialah agama yang sempurna... Sahabatku risau dan takut bahawa dia tidak cukup kuat untuk memenuhi tuntutan dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w...
Sahabatku amat meminati Islam..Setiap masalah mengenainya pasti akan diajukan... Aku membantu sekadar yang kumampu... Ilmuku masih belum cukup tetapi aku akan membantu selagi aku mampu... Sahabatku tidak suka orang lain menilai Islam sebagai agama yang membenarkan penganutnya melakukan apa sahaja mengikut keinginannya... Islam hanya pada agama namun tidak di hati...
Sahabatku mahu menerima Islam secara ikhlas dari hatinya,bukan sekadar sebutan kalimah syahadah di bibir...
Semoga pencarian dan harapan yang didambakan sahabatku ini terjawab suatu hari nanti...
Sebuah penantian yang tak mungkin dikesali...

by Umisyazwani binti Maridi,keratong.







  

Monday, February 21, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta...

Ungkapan yang biasa kedengaran,kan? Bukan sekadar untuk mencintai Allah,tetapi juga ungkapan untuk Allah..
Proses makrifatullah (mengenal Allah) memerlukan kesabaran dan ketabahan yang perlu dilakukan secara istiqamah untuk memperoleh cinta yang kekal abadi... Cinta kepada ALLAH S.W.T.
Perjalanan hidup yang panjang mengajar kita erti kehidupan sebenar dalam mengabdikan diri kepada Allah.. Lantaran itu,cinta yang sewajarnya adalah milik Allah...
Cintailah Yang Memberi Nikmat bukan nikmat yang diberikanNya...
Cinta manusia yang ada pasang surutnya menjadi salah satu iktibar yang sewajarnya menjadi contoh untuk berusaha mencapai cinta Allah...
KenaliNya kerana Dialah yang memberi segalanya kepada kita...
KenaliNya kerana Dialah yang tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat....
KenaliNya supaya kita dapat mencintaiNya...


by Umisyazwani Maridi,Keratong.

Sunday, February 13, 2011

Renunginya....


12 Rabiul Awal tahun 570 Masihi,
kelahiran Nabi terakhir yang membawa cahaya kebenaran yakni Islam ...
merupakan suatu perisiwa yang amat bermakna..

Cuba kita renungkan,
Betapa agungnya kebesaran Allah S.W.T. yang sentiasa menunjukkan bukti yang nyata atas setiap kehidupan seorang nabi.
Renungkan bagaimana Firaun boleh menjadi pengasuh kepada Nabi Musa a.s. sedangkan ratusan anak tidak berdosa dipancung supaya Nabi Musa tidak dilahirkan..
Perkara ini dicatatkan didalam Al-Quran dalam surah Thaha ayat 38-40..
Begitu juga dengan Nabi Isa a.s. yang kelahiran dan pengasuhannya diceritakan dalam Al-Quran dalam surah Maryam ayat 17-30...

Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. yang membawa kepada pelbagai peristiwa seperti dinding istana Khosrow retak dan beberapa menaranya runtuh.Juga api kuil di Parsi terpadam.Air di tasik sawah menjadi kering.Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang.Cahaya yang terpancar dari tubuh Nabi naik ke langit dan menerangi tempat-tempat yang dilaluinya..Anusyirwan dan pendeta-pendeta Zarahustra mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan. Nabi sendiri sudah disunatkan dan pusatnya sudah terpotong sebaik dilahirkan.saat lahir ke dunia,baginda berkata,"ALLAHU AKBAR,ALHAMDULILLAH,DIA-LAH YANG HARUS DISEMBAH SIANG DAN MALAM"

ketahuilah,ALLAH PENENTU SEGALANYA.....

Yakinlah,
Jika Allah memakbulkan doa kita,itu tanda Allah menyayangi kita..
Jika Allah lambat memakbulkannya,itu tanda Allah ingin menguji kita...
dan Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tanda Allah sediakan yang terbaik untuk kita...

by umisyazwani maridi,keratong

Wednesday, February 9, 2011

Siapa aku sebenarnya?



Aku sebenarnya tertanya-tanya,SIAPA AKU SEBENARNYA? Jawapan hakiki seorang insan sudah pastinya aku seorang hamba Allah yang memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah yang perlu menjaga kesejahteraan dunia yang sementara...
Namun,persoalannya sebagai hamba Allah,aku masih terhuyung-hayang mencari makna perjalanan hidupku yang kekadang kurasakan sia-sia...
Aku ragu pada diriku sendiri...Apa yang patut aku lakukan?
Ya,aku sewajarnya mencari erti kehidupan yang sebenarnya... tanpa sebarang penyesalan...
seperti Bilal bin Rabah yang teguh pada kalimah "AHAD" .. satu kepercayaan utuh kepada Yang Esa..
Begitu juga sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang berjuang membantu perjuangan Rasulullah S.A.W. demi menegakkan agama Islam yang suci...
Perjuangan hidup yang masih panjang ini sewajarnya menjadi bibit-bibit kekuatan yang belum aku temui...
Aku perlu menjadi satu-satunya diriku yang menghargai segala kewujudan di sini...
Ya,mencari sinar kepada sebuah persoalan,SIAPA AKU SEBENARNYA...

Tuesday, February 1, 2011

~Ahlan Wa Sahlan


alhamdulillah dengan izinNya, aku berjaya membuka blog ini..

sebagaimana pada seawal usia Sultan Muhammad Fateh, beliau telah membuka kota konstantinople, tetapi aku?

semoga inilah permulaan baik untukku.

amin

by umisyazwani; Keratong