Aku Cinta Allah...

" Jika Allah memakbulkan doa kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita,
Jika Allah lambat memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah ingin menguji kita, dan
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nenyediakan yang terbaik untuk kita..."

Saturday, March 10, 2012

Sayangi Mereka...


Assalamu'alaikum w.b.t..
     Alhamdulillah,setelah berbulan-bulan sy menyepi, Allah beri peluang untuk kembali menulis.. Ilham itu ada, tapi ruang dan peluang untuk menaip itu, menjadi sekatan untuk diri ini..

     Maaf yang teramat kerana sy jua manusia biasa yg sering lalai dan leka, perlu diperingatkan...
Insya Allah, untuk entry kali ini, sy ingin kongsikn sebuah cerita yg berlalu beberapa bulan yg lalu...

     Pg tu, sy ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan,Pahang krn kaki terseliuh.. Dihantar oleh Kak Nisa selaku penjaga kami, dan ditemani oleh sahabat yg penyayang, Madi... Disebabkan hari Ahad, itu la sebabnya kena pergi hospital besar.. hehe..

     Sewaktu tunggu giliran nak jumpa doktor, terdengar la suara tangisan seorang kanak-kanak lelaki.. Jeritnya, "Ibu... ibu... jangan..." Kanak-kanak lelaki itu menangis di bahu ayahnya yang sedang mendukungnya.. Tersentuh hati sy...

     Sahabat2 tahu apa yg berlaku?  Kanak-kanak lelaki itu menangis melihat ibunya dirawat oleh seorang doktor di dalam sebuah bilik... Ya Allah, betapa sayang, risau, gusar hati seorang anak kecil melihat ibunya dicucuk jarum.... Mesti kita dulu pun mcm tu, kan? Risau dan bimbang kala sesuatu terjadi pada insan bergelar ibu dan bapa.. Sayangnya kita pada mereka..


     Tapi sedarkah sahabat2, macam2 cerita yg kita dapat mengenai ibu dan bapa? Yg terbaru, ibu yg lumpuh ditinggalkan di hotel... Patutkah seorang anak melakukan perkara sedemikian kepada seorang insan yg melahirkan, membesarkan, menjaga dan menyara anak tersebut selama berpuluh-puluh tahun? Kadang-kala kita x sedar apa yg kita guna, apa yg kita mkn, apa yg kita buat, semua itu atas titik peluh ibu dan bapa yg berlaku dengan izin Allah? Allah berikan kekuatan pada ibu dan bapa untuk memiliki sifat2 mulia untuk terus bersabar dalam mendidik anak2...

     Bersusah payah mereka membesarkan kita... Tatkala kita menjadi seorang ibu dan bapa, barulah nilai dan kefahaman itu ada... Pasti... Seorang kanak-kanak menangis melihat ibunya jauh dari dirinya, tapi seorang dewasa, bagaimana tegar di hatinya meninggalkan insa2 tercinta terbiar tanpa khabar berita... 


     Sayangi, cintai dan hargai mereka sementara mereka hidup di dunia bersama kita... Mereka adalah insan2 yg perlu dicintai selepas Allah dan RasulNya... Mereka adalah insan2 yg mencurahkan kasih sayang sepenuhnya demi masa depan kita bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak.. 

~Cintai Allah, Rindui Rasulullah, Taati Ibu Bapa~

by Umisyazwani binti Maridi, Kuantan



     


     

    

     

Saturday, December 17, 2011

Hidayah, satu PENCARIAN atau satu PENANTIAN?


Assalamualaikum w.b.t..
      Alhamdulillah,berkesempatan jugak hr ni nak post something.. Idea dr Allah s.w.t.. Isu yg biasa dipersoalkan.. Hidayah daripada Allah s.w.t..

      Idea ni pun datang tiba-tiba waktu share2 idea dgn seorang sahabat..Nama dia jugak,hehe..
Saya hanyalah seorang insan biasa, masih dalam usaha mencari ilmu Allah di bumi.. Saya nak share mengenai hidayah daripada Allah ni.. 

      Kalau sebut pasal hidayah dari Allah ni, mesti kita merujuk pada insan-insan yang telah mula kehilangan arah tuju dan tujuan sebenar kehidupannya.. Contohnya, bila kita tanya seorang wanita Islam yang free hair, "bila nak pakai tudung?".. Jawapan yang kedengaran, "hidayah x sampai lagi.." Biasakan dgr ayat tu?

      Saya x kata salah... tapi ramai insan yang saya jumpa menanti sebuah anugerah daripada Allah yang digelar 'hidayah'... Kekadang, saya terfikir,sampai bila nak tunggu hidayah dari Allah? Bila dah kahwin? Bila dah dapat anak? atau bila malaikat maut menjemput kita?.. Wallahu'alam..

      Pada pandangan saya, hidayah ini perlu dicari..x kesah la macam mana, seperti contoh kita nak mendalami ilmu agama dengan menghadiri ceramah2 agama, atau pergi usrah atau mendengar lagu2 islamik ataupun mencari seorang insan bernama hidayah!(hehehe)... Allah tahu apa yang tersirat di hati hambaNya.. Ikhlaskan niat mencari hidayah Allah untuk mencapai redhaNya... Saya masih teringat sebuah novel yang saya baca bertajuk 'Ku Seru NamaMu Kekasih'.. saya x ingat nama penulisnya (maaf) tapi novel ini sangat memberi kesan dalam hidup saya..



Novel itu memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan menjadi insan begelar wanita yang mengagungkan Allah... Mencari cinta Allah dalam setiap niatnya.. Memberi peluang kepada insan lain menerima apa yang terbaik dari dirinya.. Teringat saya ketika watak utama novel tersebut yang bernama 'Rayyan' datang ke sebuah rumah kebajikan untuk orang2 tua, dan seorang wanita tua mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di sisi Rayyan kerana melihat pancaran cahaya dari wajah Rayyan sewaktu memasuki rumah tersebut.. Bagaiman indahnya dan tabahnya hati seorang insan bernama Rayyan ketika meminta tunangnya menikahi sahabat karibnya demi menjaga akidah yang dimiliki dahabatnya... Ya Allah, menitis air mata Rayyan kerana gembira atas pengorbananya yang penuh keikhlasan itu membantu perjuangan sahabatnya... Jangan nak kata watak dalam tu,saya sendiri menitiskan air mata...

        Hidayah itu akan datang tatkala kita berdoa memohonnya dan berusaha mencarinya... Tapi seandainya kita tidak mendapatnya,ketahuilah Allah menyediakan yang terbaik untuk kita... Allah memberi hidayah kepada hambaNya yang diinginiNya..Kita x boleh nak pertikaikan tentang tu,betul x?
Tapi usaha itu perlu, keputusan dan ketentuannya,Allah yang beri... Rasulullah s.a.w. sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik bapa saudara kesayangannya memeluk Islam tetapi tidak berjaya... kerana hidayah itu milik Allah...


      Untuk itu, saya mengharapkan agar kita sama2 mencari dan berusaha mencari hidayah Allah s.w.t...  Bukan sekadar menanti dengan hati yang redha, bahawa walau apa yang terjadi, saya akan terima...
Bukankah setiap perbuatan kita perlu melalui 4 peringkat :
U - Usaha
I - Iktiar
T - Tawakal
Yang paling penting dan berterusan, D - Doa...

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu...bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu... bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu... kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.." -Imam Hasan Al-Basri.
      
        Terima kasih kerana sudi baca dan maafkan saya andai kita berlainan pendapat..Saya nak konklusikan yang pencarian dengan ikhlas sebuah hidayah daripada Allah itu penting sebelum kita menjadi seorang insan yang menanti hidayah itu daripada Allah s.w.t...
       



by Umisyazwani Maridi, Kuantan
      

Tuesday, November 29, 2011

Apa Yang aku lakukan?


    Pada mulanya, itulah yang sy rasakan... Tapi, bila difikirkn balik, rsnya x kot... Sy x berharap seseorg itu memahami diri sy, tp terima sy seadanya.. Kewujudan sy untuk membantu dan sedaya mampu sy ingin menjadi seorang insan yg sentiasa memberi tp jarang menerima...

    Bila kita susah, sedih, kecewa atau apa2 perasaan yg timbul di hati,memang benar kita mengharapkan orang lain memahami dan bertanya.. Tapi tidak dalam semua perkara.. Bila seseorang yang prihatin dan memahami perubahan kita bertanya tentang kita, memang itu sebenarnya cukup untuk membuatkan hati kita sayu apatah lagi menitiskan air mata... Ada insan yang memahami diri ini,betul x?

   Sy cuba menyembunyikn apa yg sy rasa... apa yang sy nak cakap.. sebab sy manusia biasa,x mungkin terlepas dari melakukan kesalahan...

   Maafkan sy kalau apa yang sy coretkan kali ini agak pelik+ntah apa2+sikit sangat..hehe...
Terima kasih sbb sudi baca dan sy akan cuba sentiasa memperbaiki dan meneruskan coretan ini...


by umisyazwani binti maridi, kuantan.

Thursday, September 22, 2011

Fish....

Teringat anak saudara yang sangat menyukai ikan... fish.. katanya... kecil lagi... hehe






























Ya Allah... ciptaan Mu amat mengangumkan.. Pelbagai rupa dan bentuk... Anugerah kurnianMu yang tidak ternilai di dalam lautan yang menyimpan 1001 rahsia dan cerita tersendiri...
Subhanallah...



by Umisyazwani binti maridi, Kuantan.

Tuesday, September 6, 2011

Manisnya Menjadi Wanita



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina atimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah s.a.w. dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran daripada semalu walaupun ia hanya tumbuhan yang kecil.

Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah s.a.w. ini dituruti, ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, kerana tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar,dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam shif-shif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis.

Saya ada membaca artikel seseorang yang mengatakan bahawa dirinya didatangi seorang gadis. Gadis itu mengadu betapa susahnya menjadi perempuan. Katanya, pergerakan perempuan terbatas. Semua yang dilakukan oleh perempuan menjadi perhatian. Susah menjadi gadis kerana dia akan mengalami kesakitan-kesakitan berjadual. Alangkah mudahnya jika dia menjai lelaki, dia akan bebas ke mana-mana sahaja tanpa sekatan.

Gadis ini beriya-iya mengatakan hidupnya akan lebih bermakna sekiranya dia dilahirkan sebagai lelaki. Lalu orang tersebut memberi contoh kehidupan rama-rama. Katanya, rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah. Ia dilahirkan dalam bentuk pulpa. Terpaksa tinggal lama dalam kepompong.  Kemudia apabila keluar dari kepompong ia terpaksa menjalani kehidupan sebagai ulat. Tatkala inilah ia terdedah pada bahaya disambar burung. Manusia pun geli melihat ulat. Tetapi tatkala ia sudah menjadi rama-rama ia akan mengiurkan penglihatan sesiapa sahaja. Tatkala ia mengembangkan sayapnya semua akan terpukau kagum.


Alangkah manisnya kitaran hidup rama-rama kerana ia dilahirkan untuk mewarnai alam. Alam menjadi ceria dengan kehadiran rama-rama. Hampir semua orang akan terpukau melihat rama-rama.

Demikianlah wanita, dia adalah warna alam yang cukup berharga dan dihargai. Tanpanya, dunia tidak akan semeriah ini. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita. Alangkah manisnya menjadi wanita kerana dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

Kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui. Pesanan untuk ingatan,

"Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi."
~Hadis Riwayat Muslim~




by umisyazwani binti maridi, kuantan

Sunday, September 4, 2011

Satu Anugerah Dari Mu

    Salah satu anugerah daripada Allah yang tidak ternilai. Tiada manusia yang sempurna. Fizikal mahupun batin, pasti ada kekurangan. Dan setiap manusia itu pasti mempunyai kelebihan tersendiri. Hargai nikmat pemberianNya dengan sentiasa bersyukur kerana kita bertuah dapat dipinjamkan dan dibenarkan untuk menggunakan tubuh badan dan hidup di dunia ini.Sewajarnya kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Subhanallah...


























Idea ini datang selepas melihat cerita "Emak Ingin Naik Haji " yang ditayangkan di TV Al Hijrah. Sangat menyentuh hati. Pengorbanan dan kesusahan yang dihadapi untuk merealisasikan impian seorang ibu yang ingin menunaikan haji. Allah Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Sangat menyayangi hamba-hambaNya. Lantas permintaan hambaNya yang tidak pernah putus berdoa dan memohon, insya Allah dengan izinNya jua akan ditunaikan.....
 Salam Lebaran Aidilfitri...




by umisyazwani binti maridi, kuantan




Tuesday, August 9, 2011

Ku Seru NamaMu, ALLAH...

http://www.youtube.com/watch?v=A6vIBTDt8Os

Hadiah drpd seorang kakak...
Kadang kita tidak menyedari betapa bernilainya ertinya hidup 
walau di mana kita berada..

Kadang kita lupa betapa bersyukurnya dapat hidup
walau dalam masa satu hari...

Kadang kita sering merungut untuk setiap pekerjaan yang dilakukan
sedangkan diri ini sendiri tidak memikirkan 
betapa Allah sentiasa di sisi...

Sesungguhnya NamaMu wajar meniti di bibir ini setiap detik dan saat...
NamaMu wajar bertakhta di hati mendahului segalanya...
NamaMu wajar di ingatan menjadi memori terindah dan terbaik...

Sesungguhnya hambaMu ini tidak layak mengungkap ketaatan 
Andai tiada padanya selautan keikhlasan...

"Ya Allah,
Jadikanlah diri ini
HambamU yang mengingatiMu sentiasa
Lembutkan hatiku
Dan berikan aku rasa penuh kesyukuran
atas segala nikmat kurniaanMu
Kerana
Nikmat Tuhan manakah lagi yang mahu aku dustai?"




by umisyazwani binti maridi, kuantan.

Friday, August 5, 2011

Sedekah II & Perjuangan


Abu Dzar r.a. menerangkan bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada beliau,
"Wahai Rasulullah, orang-orang kaya itu pergi dengan banyak pahala. Mereka mengerjakan solat sebagaimana yang kami kerjakan, mereka berpuas sebagaimana yang kami kerjakan, dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta yang mereka miliki (sementara kami tidak mampu melakukannya)."

Beliau bersabda, "Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kalian yang mampu kalian sedekahkan? Sesungguhnya setiap tasbih (subhanallah) adalah sedekah, 
setiap takbir (Allahu Akhbar) adalah sedekah, 
setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, 
setiap tahlil (Laa ilaa ha illallah) adalah sedekah,
menyeru kepada kebaikan adalah sedekah, 
mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan 
bersetubuh dengan isteri juga sedekah."

Mereka bertanya,"Wahai Rasulullah, apakah jika di antara kami menyalurkan hasrat biologinya (kepada isterinya) juga mendapat pahala?"
Beliau menjawab,"Bukankah jika dia menyalurkan pada yang haram itu berdosa? Maka demikian pula apabila dia menyalurkannya pada yang halal, maka dia juga akan mendapatkan pahala."

(Hadis Riwayat Muslim)







"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman"... 
Ali Imran : 139



by umisyazwani binti maridi, kuantan.



Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan... Rindu ini....




Betapa aku merindui Ramadhan ini...
Namun adakah mampu aku laluinya?


Ramadhan yang ku nanti,
tibamu bagai melepaskan rasa di hati ini...



Ya Allah,
pandulah aku...
berikanlah aku petunjuk...
dan iringi setiap langkahku...
dengan rahmatMu yang tidak terbilang...


Ya Allah,
hambaMu memohon...
Tiada tempat untuk ku memohon selain padaMu...
Semoga Ramadhan kali ini...
Aku tidak persiakan...
Semoga Ramadhan kali ini,
lebih baik daripada Ramadhan-Ramadhan yang lalu...
Insya Allah,
amin....



by umisyazwani binti maridi, kuantan.

Sunday, July 10, 2011

Wanita Ibarat Sebiji Epal


Alhamdulillah, hari-hari yang ku lalui mengajar diri ini pelbagai perkara yang kadang-kala kita sendiri terlupa kepentingannya... Alangkah bertuahnya aku apabila dapat bersama-sama dengan beberapa orang sahabat keluar dan melakukan usrah bersama-sama dengan akak-akak senior yang sangat baik...hehe... Dan sewaktu perbincangan semalamlah, aku teringat akan sebuah cerita mengenai seorang wanita itu di ibaratkan seperti sebiji epal...

Aku tidak dapat menyampaikan satu cerita yang sempurna tetapi aku cuba menyampaikan yang terbaik..Rasanya ramai yang dah baca artikel dan dari blog2 yang lain mengenai cerita ini... Maaf andai agak berlainan dan serabut ayatnya...

Al-kisah sebiji epal yang sangat merah yang berada di atas pokok berasa gelisah kerana dirinya yang tidak dipetik dan diambil oleh sesiapa..Epal tersebut cemburu kepada sahabatnya yang jatuh ke bawah diambil oleh orang dan tertanya-tanya mengapa dirinya tidak dihiraukan sedangkan dirinya pasti mengiurkan mereka yang memandangnya.

Disebabkan terlalu lama menanti dan tiada sesiapa yang menghiraukannya, epal tersebut menjatuhkan dirinya agar dirinya diambil oleh seseorang... Walaubagaimanapun, dirinya dibiarkan di atas tanah tanpa dihiraukan sehingga menjadi busuk dan berulat...

        Kadang-kala seorang wanita bertanya,mengapa dirinya tidak dipandang lelaki, namun ketahuilah bahawa Allah sedang menguji kita... Bersabarlah kerana penantian itu tidak akan merugikan kerana Allah telah menjanjikan yang terbaik untuk makhlukNya...

       Wahai wanita, ketahuilah bahawa hanya insan yang cukup kuat dan hebat yang sanggup dan mampu memetik sebiji epal yang berada di puncak sebatang pokok... Andai insan itu tidak muncul,ingatlah bahawa cinta Allah sentiasa bersama diri ini...

“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”


by umisyazwani binti maridi, kuantan.